Rabu, 15 September 2010

MENGAPA WARGA MALAYSIA MESTI TOLAK BULAT BULAT PERKASA .

Wahai semua warga MALAYSIA, kita harus peka dan sedar bahawa RASIS hendak lah dihindarkan, Sesiapa yang bersifat RASIS harus ditolak bulat bulat. Demi menjaga kesejaterahan WARGA MALAYSIA.



Terlebih dahulu, mari kita teliti dan menyingkap kembali beberapa kenyataan kenyataan berbau RASIS semenjak penubuhan PERKASA. Harus berfikir secara terbuka dan rasional ketika membicarakan PERKASA.



Pertama perlu dibicarakan kenapa penubuhan Perkasa dan hala tujunya -



Ia adalah brainless child ibrahim ali - MP Pasir Mas. sebagai BEBAS. Sebelum itu dia adalah ahli UMNO dan MP UMNO, kemudian keluar UMNO, lalu masuk PAS. Dia telah menggunakan dan memperalatkan PAS untuk diberi peluang bertanding kerusi MP PASIR MAS. Setalah menang, Kemudian keluar PAS, dan menjadi MP BEBAS. Kacang lupa kulit.



Jadi kenapa ibrahim ali tubuh PERKASA? Perkasa ini adalah gabungan berpuluh Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan Melayu. Mengikut ibrahim ali, hak2 Melayu dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, sudah tidak selamat, dah dinodai dan dirampas, kemungkinan hak2 tersebut akan kikis, UMNO tidak serius menjaga hak2 Melayu. ADAKAH perkara tersebut sudah terjadi dan akan terjadi. Tentu tidak akan berlaku, kerana catatan dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA itu tidak boleh dihilangkan langsung. Saya mengaku saya jahil mengenai PERLEMBAGAAN MALAYSIA, akan tetapi kalau saya baca sepintas lalu pun saya pasti faham, kenapa ibrahim ali , tak faham faham atau ibrahim ali tak baca kot dan besar kemungkinan ibrahim ali dengan sengaja tak faham, sebab ada niat buruk yang tersirat dalam kepala otaknya.



Saya percaya bahawa ibrahim ali mempunyai niat buruk dan dengan sengaja tubuh Perkasa dan menggunakan isu RASIS bagi menyakinkan semua warga Melayu bahawa hak2 Melayu dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia akan lupus. ibrahim ali dengan lantang dan nada yang cukup tinggi menuduh UMNO kini tidak lagi mempertahankan hak2 Melayu. Maka Perkasa ditubuhkan dengan keahlian yang majoritinya terdiri daripada keahlian UMNO yang tidak sehaluan dengan corak kepimpinan DS PM. Maklumlah anak jari mana yang ada sama panjang. ibrahim ali mengambil kesempatan tersebut dengan memperalatkan ahli ahli UMNO tersebut, sebenarnya untuk mengukuhkan kedudukan karier politiknya. KENAPA saya berkata sedemikian? ibrahim ali semasa dalam UMNO dan PAS, mempunyai kuasa dan pengaruh, akan tetapi bila menjadi BEBAS, mana ada kuasa dan pengaruh. Untuk rujuk semula dengan UMNO, pihak UMNO dah haramkan, nak rujuk semula dengan PAS, PAS dah cerai talak tiga. Nak berjinak jinak mendekati UMNO pun sukar, jadi apakah cara yang berkesan untuk ibrahim ali supaya boleh mendapat pengaruh dan kuasa tanpa menyertai UMNO? Tunggu pun tak ada, apa tah lagi mencari. Lantaran itu bagi mengukuhkan kedudukan Politiknya, ibrahim ali memperalatkan PERKASA. Kerana kebanyakkan ahli-ahli PERKASA adalah ahli ahli UMNO. Secara tidak langsung ibrahim ali telah menyebabkan UMNO bergolak dan kucar kacir. Kalau ibrahim ali tidak menggunakan taktik ISU RASIS, maka tidak ada sesiapa warga Melayu yang akan menyertai atau menyokong PERKASA. Kenyataan pertama ibrahim ali seolah olah warga lain telah menodai dan merampas dan cuba mengikis hak2 Melayu dibawah Artikel 153 Perlembagaan Malaysia itu jelas sekali berunsur RASIS dan amat bahaya kepada keselamatan dan ketenteraman negara terutama masalah antara ektnik. KENYATAAN ibrahim ali ITU SUDAH CUKUP SYARAT BAGI ibrahim ali BERTAPA DI HOTEL KEMTAH KAMUNTING.



ISU RASIS kedua ,dalam kenyataan ibrahim ali apabila dia mengarahkan pihak berkuasa Agama supaya TUDUH Nie Ching kerana masuk dalam surau tempoh hari. Sekali lagi menampakan oleh saya yang jahil Agama Islam, bahawa ibrahim ali ini, lebih jahil dan tak cukup lagi belajar dan memahami atau mendalami ajaran Agama Islamnya. Saya cadangkan ibrahim ali kembali mengaji dan belajar Agama Islam dari mula. Sepatutnya nak tuduh pun AJK surau tu yang dituduh, bukan Nie Chiang. MP ini mejalankan tugas resmi bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu surau. Adakah salah dari segi Agama dan Undang Undang Negeri? Saya menampakkan TIDAK kerana semenjak pemerintahan dibawah BN Selangor pun berbuat sedemikian. Saya terpaksa merujuk kepada masa pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dizaman BN. Saya tidak faham tentang ucapan ibrahim ali itu atau besar kemungkinan ibrahim ali, cuba mengalih pandangan kepada semua warga Melayu, kononnya Pemerintahan DS PM tidak cekap dan tidak ISLAM dan adalah menjadi tanggungjawap ibrahim ali seorang Islam supaya mengajar atau menegur dan memberi arahan. Malangnya kenyataan dan arahan itu adalah SALAH sebenarnya dan memutar belitkan warga Melayu,nasib baik lah JAIS atau JAKIM yang lebih arif tidak mendengar arahan kejahilan ibrahim ali itu. ISU RASIS ibrahim ali itu boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian terhadap warga lain di Malaysia.



Saya mengaku saya jahil dalam Agama Islam, akan tetapi sekurang kurang nya saya berpengetahuan tentang Agama Islam, walau pun saya bukan beragama Islam. Kerana saya di didik dan mempelajari Serba sedikit ketika saya dibangku sekolah MELAYU dari Darjah 1 hingga ke Tingkatan 6 dalam Tahun 60an dan 70an. Saya mendapat pengetahuan dan sentiasa mendengar Tok Guru Harun Din mengajar Sabjek Agama Islam semasa dibangku sekolah. Malah saya mengambil Sabjek Sejarah Islam untuk peperiksaan STP dan mendapat B dalam sejarah Islam. Tak hebat sangat, tapi saya percaya jauh lebih baik dari ramai rakan sepelajar. Sebab itu saya berani meyatakan bahawa ibrahim ali ini jahil tentang Agama Islam. Islam yang saya ketahui adalah begitu unik dan bersopan serta toleransi, bukan macam terpekik terlolong , keluar kenyataan tanpa usul periksa dan dirujuk terlebih dahulu, seperti dilakukan oleh ibrahim ali.


Saya dapat simpulkan kenyataan kenyataan ibrahim ali terhadap tajuk dipara atas itu dibuat dengan sengaja untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan warga Melayu kepada warga Lain. ADAKAH KENYATAAN ibrahim ali ITU RASIS!!!. TAMBAHAN ISU KEDUA INI, LEBIH CUKUP SYARAT UNTUK DIBERI TEMPAT DI HOTEL KEMTAH KAMUNTING.




ISU RASIS ketiga ibrahim ali, dimana mengeluarkan kenyataan LEBIH RASIS KEPADA RASIS, dimana mempertahankan dan bersimpati terhadap 2 PENDIDIK TINGGI yang mengeluarkan ucapan berbau RASIS kepada pelajar-pelajarnya. Sebagai PENDIDIK TINGGI seharunya menjaga tingkah laku dan ucapan dan hindarkan berbau RASIS. Kenapa ibrahim ali bersimpati dan mempertahankan mereka yang mengeluarkan ucapan berunsur RASIS?, Kerana ibrahim ali iatu LEBIH RASIS DARIPADA RASIS. Sebagai seorang pemimpin dan Ahli Parlimen, status tinggi sahaja, pemikiran agak terencat. ibrahim ali sepatutnya, mencadangkan pihak berkuasa beri amaran atau tindakan yang setimpal terhadap mereka, selepas kenyataan dan siasatan selesai dilaksanakan. Kerana sekiranya dalam Institusi Pengajian, rendah atau tinggi sekali pun adalah DIHARAMKAN bertindak atau berucap perkara perkara yang berbau RASIS. Semasa saya dibangku Sekolah Tahun 60an dan 70an, hanya saya seorang pelajar Bukan Melayu dari darjah 1 hingga tingkatan 6, tak pun Pendidik Pendidik saya RASIS, kenapa baru ujud di zaman ini? Saya amat selesa dan selamat sekali diera tersebut begitu juga semasa bertugas sebagai KTA tidak juga menampakkan Ketua ketua saya bersikap sedemikian, kenapa baru baru ini boleh muncul manusia yang suka mengeluarkan ucapan beunsur RASIS?... adakah Perkasa boleh beri perlindungan dan juga mendapat mandat serta sokong padu tdm? MAKA KENYATAAN ibrahim ali ITU LEBIH RASIS DARI RASIS, lebih cukup syarat untuk ibrahim ali bertapa di HOTEL KEMTAH KAMUNTING.


Wahai semua warga Malaysia! fikir....fikirkan lah.....KENAPA tdm tanpa mengkaji baik buruk, pro dan kon tentang penubuhan Perkasa, terus menyokong penuh Perkasa? Saya mempercayai dan berpendapat 1MOTIF sahaja. Kalau salah saya, maka salah lah juga ramai warga Malaysia. tdm mahu tak mahu terpaksa bersekongkol dengan Perkasa, apabila melihat keadaan tenat politik anaknya, yang cuba di sisihkan daripada UMNO, kuasa dan pengaruh anaknya dalam UMNO sudah pudar sama sekali, tidak ada sebarang harapan untuk bangkit semula dalam UMNO, apa tah lagi GE 13 nanti. untuk mengembalikan kuasa dan pengaruh dalam karier politiknya, tdm terpaksa menyokong penuh Perkasa, kerana majoriti keahlian Perkasa adalah keahlian UMNO. Kalah tdm sokong Perkasa, Perkasa sokong ibrahim ali, maka Perkasa dan ibrahim ali pasti kosong anak tdm. Berkemungkinan juga tdm mempunyai cita cita dan tak mahu mengalah, nak ikut TAR. Bila bapa jadi PM, anaknya mesti jadi PM juga. So, untuk mencapai impian cita citanya itu tdm mahu tak mahu kena sokong Perkasa. Tanpa mengirakan risiko dan bahana menimpa kepada UMNO dalam. dan akan membawa kepada kelemahan UMNO kelak., Manalah tahu Ge13 nanti, dengan prinsip luuuu tolong gua....... gua tolong lunn.

untung sabut timbul, anaknya jadi PM Ke 7.

Saya berpandangan bahawa ibrahim ali tidak mencapai cita cita menubuhkan Pekasa, kalau tdm tidak menyokongnya. Bukan sahaja pemimpin Melayu sahaja, malah DYMM Sultan Selangor pun menolak jemputan Perkasa untuk merasmikan penubuhannya. Kalau tdm tak sokong, maka Perkasa tidak pasti akan menjadi sebuah pertubuhan yang radikal dan berani mengeluarkan kenyataan kenyataan berunsur RASIS. Jadi salah siapa sebenarnya.... Pandai....pandai lah mencari jawapan.......
Dari pandangan diatas, senario politk MALAYSIA tidak tentuan dan menyebabkan ramai individu2 bertindak berani mengeluarkan kenyataan kenyataan RASIS.
Wahai semua warga MALAYSIA!, BAHAYA SEKALI KEADAAN JIKA BETERUSAN.. OLEH ITU MARILAH KITA BERSAMA SAMA BERSATU MENOLAK BULAT BULAT ibrahim ali, tdm dan Perkasa. DEMI WARGA MALAYSIA HIDUP DALAM HARMONI, AMAN DAMAI, TERUS MAJU . SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA .......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan