Jumaat, 10 September 2010

Semangat Muhibbah menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2010

Terlebih dahulu, ingin saya menyampaikan ucapan Selamat menyambut Hariraya AIDIL FITRI, maaf zahir dan Batin untuk seluruh umat Islam di Malaysia.
Seperti biasa tahun tahun yang lepas, banyak jemputan rakan taulan serta jiran yang menyambut Hariraya Aidil Fitri, tidak ketingalan menjemput saya dan sekeluarga. Saya tidak ketinggalan mengambil peluang tersebut untuk bersama-sama merayakannya.
Semasa saya bersama sekeluarga pergi kerumah rakan untuk beraya, sepanjang perjalanan kami, kelihatan dan ingatan saya jauh memikirkan berbagai2 peristiwa manis kehidupan saya waktu kecil dahulu. Amat jauh berbeza, dahulu, perayaan ini berjalan dengan begitu terbuka dan tidak ada persaan segan silu bersama sama merayakannya, walau pun saya ini bukan Islam. Saya disambut dengan begitu istimewa dan mesra. Seolah olah saya adalah dalam sekeluarga.
Sekurang kurangnnya, dapat juga saya menikmati sambutan sedemikian, dari satu keluarga yang begitu mesra dan melayan kami sekeluarga dengan muhibbah dan harmoni, seperti dahulu. Inilah yang kami inginkan. Sambutan itu di raikan dengan penuh muhibbah dan semangat 1Malaysia. Malah sepanjang jalan ke Kampong tersebut, ramai kaum muslimin yang tersenyum dan tegur menegur dengan begitu muhibbah sekali. Adat resam kaum tidak ketinggalan, namun tidak juga di tolak oleh sesiapa, kerana adat resam dan cara hidup setiap kaum berbeza dan seharusnya difahami dan hormati sesama kita.
Malaysia mempunyai penghuni yang berbagai kaum dan mempunyai hari kebesaran yang berbeza, akan tetapi adalah digalakkan setiap warganya memahami dan mengambil bahagian dalam perayaan perayaan kaum yang lain. Kita setiap warga harus mengamalkan cara hidup yang kesederhanaan, bersopan, semangat muhibbah dan harmoni. Secara tidak langsung sikap ini akan merapatkan jurang perbezaan kaum dan kekuatan Malaysia tidak dapat digugatkan oleh sesiapa sekali pun.
Berbalik saya kepada kehadiran saya dirumah rakan pada Hariraya Pertama, menyebabkan saya ingin mencoret sedikit artikel yang mana saya percaya amat berguna dan mengharapkan setiap warga menghayatinya bahawa WARGA MALAYSIA HARUS HIDUP BERSATU PADU DAN PENUH MUHIBBAH. JANGAN BIARKAN SESIAPA SEKALI PUN CUBA MENGHANCURKAN NEGARA KITA MALAYSIA
Sejak kebelakangan ini, isu demi isu diketengahkan mengenai Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Apakah yang cukup penting dan mustahak sangat tentang Artikel itu. Dah termaktub dengan begitu jelas dan penggunaan Bahasa Malaysia yang mudah difahami. Usah di ambil terlalu sangat dengan kenyataan Ahli ahli Politik yang tidak bertanggungjawap yang membangkitkan isu isu artikel tersebut demi untuk mengkukuhkan kedudukan Politik mereka.
Mereka ini lah yang akan memisah dan menyebabkan timbulnya perasaan benci membenci dan syak wasangka serta bermusuhan sesama kita seluruh warga Malaysia.Cuba fikir sejenak dengan waras, adakah berbaloi bagi setiap warga Malaysia yang dengan mudah menerima sebulat bulat kenyataan berapi mereka seperti IBRAHIM ALI dan MAHATHIR, kenyataan mereka ini hanya lebih mementingkan satu kaum sahaja. Sudah lebih 50 tahun Negara kita Merdeka, kenapa masih harus kedua dua mereka ini mengeluarkan kenyataan Berapi itu. Kenyataan mereka ini boleh menyebabkan warga Malaysia membenci antara satu sama lain.
Mahathir harus faham dan tahu kesilapannya semasa menerajui negara hampir suku abad. Dia yang mengujudkan KAUM BARU IAITU BUMIPUTERA dan juga WAWASAN 2020. Kedua dua itu jauh berbeza pendirian dan bertentangan. Perkataan Bumiputera tidak ada dalam Perlembagaan Malaysia sebenarnya. Pengujudan perkataan Keistimewaan Orang Melayu di Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, hanya dirumuskan kepada beberapa topik sahaja. Sebenarnya saya tidak mahu membangkitkan isu isu Perlembagaan Malaysia itu. Akan tetapi IBRAHIM ALI mengeluarkan kenyataan yang berapi itu, seolah olah kaum lain di Malaysia sudah mahu menjatuhkan atau mahu merampas hak hak yang termaktub dalam artikel 153 Perlembagaan Malaysia bagi Kaum Melayu, secara tidak langsung kenyataan itu kalau tidak waras difikirkan akan menimbulkan syak wasangka kebanyakkan warga Melayu yang membenci kaum lain. Sebenarnya adakah kaum lain telah menjatuhkan atau merampas hak hak tersebut daripada Kaum Melayu??? Saya rasa IBRAHIM ALI ini seumpama hidup seperti KATAK DIBAWAH TEMPURONG. Saya ingin mengajak beliau menjelajah seluruh pelusuk negara dan perhatikan serta buat kajian keadaan dan kedudukan sebenar kehidupan warga Melayu.
Tidak dapat dinafikan majoriti warga Melayu di desa jauh ketinggalan, dari dulu hingga sekarang, kenapa artikel 153 Perlembagaan Malaysia tidak di serapkan kepada warga tersebut. Tahukah IBARAHIM ALI DAN MAHATHIR. Kaum Melayu UMNO dan pro UMNO sahaja yang dapat merasakan apa yang termaktub dalam artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Ibrahim Ali harus dan mesti selidik dengan terperinci tentang kesahihannya. Jangan melaung laungkan ISU yang panas itu tanpa usul periksa dan selidik.
Saya bukan hendak memihak kepada mana mana pihak, kalau dikajikan dengan teliti diatas kenyataan CSL, beliau hanya memberi cadangan dan bukan memaksa dan mendesak agar 30% itu di timbang semula. Adakah salah CSL bersuara, beliau bertindak sebagai seorang pemimpin masyarakat dan hak hak bersuara tidak salah langsung. Pandangan CSL adalah wajar dimana kalau Malaysia mahu bersaing dengan negara lain, cadangan itu harus dipertimbangkan oleh pemerintah, kerana zaman kini adalah zaman dunia tanpa sempadan. Banyak warga Melayu yang terpencil tidak adakan merasakan hak keistimewaan tersebut. Maka hasrat pemerintah tidak kesampaian bila bila pun.
Sebenarnya 30% itu, ada dengan tidak, sama sahaja. Setiap warga Malaysia harus hidup dengan progresif dan mempunyai cita cita serta semangat kerajinan dan berusaha. Pasti mencapai matlamat pemerintah. Saya dapati rakan saya warga Melayu yang begitu maju sekali, pada hal Rakan saya ini adalah pesara Tentera pangkat rendah, pencen l/kurang RM1,000 sahaja, beranak 3, atas sikap rajin dan usahanya, selepas persaraan, beliau berkecimpongan dalam perniagaan katering, dalam 10 tahun sahaja begitu maju dan berjaya sekali. Saya dapat rasakan kehidupannya mewah sekali. Saya amat menyanjungi beliau dan beliu pula yang menyatakan Bukan Bangsa sendirinya tidak boleh berjaya, kalau MALAS, sesiapa pun tidak akan berjaya bukan untuk Kaum Melayu sahaja. Oleh itu ambil lah iktibar rakan saya itu bagi setiap warga Malaysia.
Kesimpulannya, saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan kenyataan IBRAHIM ALI yang boleh merendahkan martabat Kaum Melayu. Seolah olah warga Melayu mesti mendapatkan bantuan kerajaan untuk maju dengan tidak perlu berusaha untuk hidup mewah. Saya meminta seluruh warga Malaysia menolak IBRAHIM ALI hidup hidup. Kalau di fahami dengan mendalam IBRAHIM ALI ini adalah seorang yang tidak ada pendirian dari UMNO , keluar UMNO menyertai PAS, jadi MP atas tiket PAS, kemudian keluar. IBRAHIM ALI ini seperti bak kata pepatah, lepas titi, angkat kayu. Kini jadi MP bebas ( tak ada pendirian ) dan menjadikan dia tidak dihormati dan popular. Untuk dia menjadi popular dan berpengaruh, dia menubuhkan PERKASA dan mengambil hati warga Melayu dan menggunakan sentimen sentimen melagakan semasa kaum dan kaum lain di Malaysia. Adakah berbaloi wahai Ibrahim Ali??
Jangan jadi disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga!!!!! Mahathir kerap mengeluarkan kenyataan demi kenyataan walaupun dah pencen PM, kenapa mahu campor tangan dalam pemerintahaan PM yang baru? Bukan kah beliau mempunyai agenda yang tersembunyi? Beliau bukan memberi pandangan dan nasihat, tetapi kenyataan kenyataan itu seolah olah berat sebelah dan menyakitkan hati sahaja, kenapa boleh jadi sedemikian?? Setiap warga Malaysia harus tepuk dada dan tanya..............Apa yang tersirat dan tersurat dalam HATI MAHATHIR itu.
Saya mencadangkan dan meminta kepada IBRAHIM ALI dan MAHATHIR, berjuang dan mempertahankan hak hak tanpa mengeluarkan kenyataan kenyataan yang menyakitkan hati warga lain dan memandang rendah kebolehan kaum Melayu yang lain telah begitu berjaya sekali. Begitu juga kepada sesiapa sekali pun jangan mengeluarkan kenyataan kenyataan yang sensitif dan menyemarakkan kemarahan satu satu Kaum demi kepentingan dan kedudukan. Sepatutnya setiap pemimpin dan setiap warga Malaysia harus berfikiran dinamik dan terbuka mencari jalan serta resolusi yang bermenafaat demi BUMI MALAYSIA, usah di pertikaikan perkara remeh temeh dan menjadi bahan tertawa umum. IBRAHIM ALI harus tahu, warga generasi generasi muda kini tidak makan dengan kenyataan kenyataan isu isu berapi itu. Mereka lebih keterbukaan dan berfikiran maju. Mereka kini tidak begitu taksub dengan POLITIK, mereka ingin maju dan mencari kejayaan supaya hidup mewah dan sempurna. Laungan politk untuk mereka tidak akan membolehkannya hidup mewah dan sempurna. Majoriti warga Melayu yang melibatkan diri dalam perniagaan, tak kira kecil atau besar perniagaan, mereka ini tidak pentingkan berpolitik sebenarnya.
Akhir kata, coretan saya ini bukan bertujuan membangkitkan isu isu Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Tetapi secara tak langsung dikaitkan untuk menjelaskan coretan saya itu dan meminta setiap Warga Malaysia memahami betul betul Perlembagaan Malaysia, untuk dijadikan Rukun Hidup di Malaysia. IMALAYSIA ilham PM itu tidak sedikit pun menghilangkan hak keistimewaan Melayu seperti di Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Setiap warga Malaysia kekalkan lah hidup bersatu dan hormat menghormati antara satu sama lain. Bertolak ansur dan sikap keterbukaan. Saya anak Malaysia mahu melihat setiap warganya hidup bersatu padu, aman damai dan harmoni. MARI LAH KITA BERSAMA SAMA MENOLAK SEPENUHNYA GARA GARA IBRAHIM ALI UNTUK KEPENTINGAN DIRINYA. KALAU NAK menjaga hak hak Melayu, bukan itu caranya, saya cadangkan Ibrahim Ali gunakan sepenuh jiwa dan raganya membantu warga Melayu perkampongan yang banyak lagi hidup kedaifan. Jangan melaung dan melalak sahaja, begitu juga MAHATHIR, sudah suku abad memerintah pun tak mampu menolong dan masih ada banyak lagi warga Melayu yang hidup daif, apakah cerita sebenarnya ini oleh Ibrahim Ali dan Mahathir sekarang?????? MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI Nanti.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan